Ahad, 2 Disember 2012

Sebarkan Bahagia


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

"Sebarkan Bahagia”

Baru-baru ini di tempat ana belajar ,ana pernah menyertai satu forum ataupun kempen yang bertajuk “Kempen Sebarkan Bahagia”.Oleh kerana hari berlangsungnya kempen dan forum itu adalah hari ana harus ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu program yang maktab ana anjurkan,,ditambah pula ana sendiri pun tidak tahu forum itu berlangsung pada hari tersebut, dengan kepulangan ana yang lewat,maka ana tidak sempat mendengar dari awal isi kandung program tersebut.Tapi syukur alhamdulillah ada seorang hamba Allah ini menjemput ana melalui sms untuk hadir ke program tersebut,alasan yang diberikan adalah disebabkan kekurangannya peserta lelaki.Mungkin ini dikatakan takdir…….

Ana berasa kagum dengan usaha para muslimat dan muslimah di tempat ana belajar kerana bertungkus lumus mengadakan program-program kesedaran seperti ini.Oleh kerana kekurangan kewangan,mereka mengadakan jualan amal seperti menjual makanan,mencari derma daripada orang-orang yang baik hati dan macam2 lagi.Allah melihat usaha-usaha kalian,insyaAllah.

Mungkin oleh sebab ana tidak perasan ada program seperti ini,maka ana tidak berapa jelas tentang target program ini.Tapi itu tidak mengapa,ana berkesempatan juga mendengar sedikit forum yang tetamu kehormatnya adalah seorang artis dan ustazah.Maaf,tapi ana terlupa nama artis dan ustazah ini.

Baiklah,ana akan terus ke persoalan utama artikel ini.Dalam forum “Kempen Sebarkan Bahagia” ini,apa yang ana dengar adalah cerita tentang penghijrahan dan cerita tentang mencari jodoh.Kesimpulan ini ana buat adalah berdasarkan soalan-soalan yang paling banyak ditujukan oleh para pemuda yang hadir pada malam tersebut.Ada yang bertanya berkaitan hubungan seorang non-muslim dengan seorang muslim,ada juga yang bertanya tentang bagaimana ingin menimbulkan kesefahaman antara suami isteri dan lain-lain.Pada ana,skop perbincangan ini tidak ada apa-apa masalah pun.Cuma ana hendak memperluaskan lagi ruang pemikiran kita agar “bahagia” itu tidak tersebar di kalangan kumpulan kita sahaja.

Jika kita mengikuti perkembangan isu-isu semasa,sebenarnya perkataan “bahagia” itu rasanya macam tidak pernah wujud langsung di bumi ini.Ini kerana di Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, Somalia, Pakistan dan negara-negara islam lain masih lagi berusaha menggali menggunakan tangan mereka yang berlumuran darah untuk mencari “bahagia” yang hilang entah kemana.Berbanding dengan situasi kita di Malaysia,kita hidup dalam keadaan serba molek,cukup aman dan makmur.

Negara kita terlalu “aman” sehinggakan berleluasanya maksiat dan dosa.Terlalu “aman” sehingga menghijab kita daripada melihat masalah umat islam di luar sana.Terlalu “aman” sehingga kita sanggup untuk mencipta situasi yang tidak aman untuk menjaga kepentingan masing-masing.

Desas-desus mengatakan perbincangan mengenai agama adalah amat sensitif sekali di negara ini dan akan mengugat keamanan negara kalau tidak dikawal.Mungkin benar dan mungkin tidak.Persoalannya mengapa jadi begini?Mengapa ia menjadi sensetif di negara yang majoritinya beragama islam dan di negara-negara barat yang majoritinya bukan islam pula ia menjadi isu yang popular untuk dibincangkan. Bukankah dengan menyebarkan kefahaman islam yang sebenar secara tidak langsung menyebarkan bahagia juga?Adakah kita suka melihat kelompok kita yang konon-kononnya warak mengecapi bahagia sorang-sorang dan menghukum kelompok lain yang konon-kononnya jahil?

Allah berfirman,
 “Pada hari ini telah kusempurnakan bagimu agamamu dan telah kusempurnakan bagimu nikmat-Ku dan telah aku ridhai Islam sebagai agama bagimu”
(QS. Al Maidah : 3)

Seterusnya, Dari Abdullah bin Amr RA, bahwa Nabi SAW bersabda,
Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat”
(HR. Bukhari)

Agama ini sudah mampu dicabar oleh agama-agama lain mengenai kebenarannya.Tidak dapat dipertikaikan lagi,lihatlah Ahmad Deedat,Dr Zakir Naik,Abdur Raheem Green dan ramai lagi tokoh2 islam yang bangkit mempertahankan agama ini apabila ia diserang.Mereka membidas dan membalas balik segala tohmahan dan fitnah bukan kerana hendak menjatuhkan pihak lawan,tetapi saya percaya mereka mengharapkan dengan cara ini mereka dapat sampaikan bahagia yang sebenar kepada mereka yang masih dibelenggu kegelapan.

Tetapi mengapa bahagia itu masih tidak dapat disampaikan??

Masalah disini kerana ada umat islam zaman ini yang berasa tidak bahagia dengan agama islam yang “diwarisi”nya daripada nenek moyang mereka,contohnya adalah dengan terang-terangan melakukan maksiat dan berkata ini adalah urusannya dengan Allah,orang lain tolonglah jangan masuk campur.

Dari sudut lain pula,ada umat islam yang berasa bangga dengan agamanya sendiri dan menganggap islam itu untuk sesuatu kaum sahaja,ia tidak ubah seperti kaum-kaum arab badawin yang bangga dengan berhala mereka suatu ketika dahulu.Bukan saya hendak samakan islam dengan berhala,tapi konsep islam adalah RAHMAT untuk sekalian alam yang dikendali oleh umatnya itu telah lari dari landasan yang sepatutnya.Jika perkara ini terus berlaku,kita terus-menerus mengecilkan ruangan pemikiran kita,kita tidak bersikap berlapang dada,kita takut untuk mengkaji fahaman agama lain disebabkan risau akan tersesat,sampai bila-bila isu ini akan menjadi sensitif ,dan akibatnya adalah kebahagiaan dan kebenaran itu tidak akan sampai ke seluruh alam.

Orang-orang islam merupakan orang-orang yang beremosi tinggi,mereka akan cepat melenting apabila agamanya dihina.Tidak salah kita melenting,itu tandanya kita prihatin,tetapi biarlah kita melenting dengan beradap dan ilmu yang penuh di dada.

“Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelek budi pekertinya serta kotor lidahnya.”
(Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Kita balas balik tohmahan dan cercaan yang tidak berasas dengan akhlak dan ilmu yang memberi parut berdarah ke dalam hati “pengkritik” islam itu.Jangan kita biarkan emosi itu menguasai 100% pemikiran kita.Kerana tujuan kita adalah untuk menyebarkan bahagia,lihat dan hayati kisah di Thaif,Rasulullah sendiri  tidak pernah menghukum sesuatu kelompok yang menghina baginda,malahan Rasulullah berasa simpati kepada mereka dan berdoa agar kebahagiaan islam itu sampai kepada mereka walaupun bukan kepada generasi sekarang,tetapi mungkin kepada generasi yang akan datang.Biar sahaja Allah SWT laksanakan kerja-kerja menghukum itu,kita lakukan sahaja tugas kita sebagai wakil Allah SWT.

“Bedoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.”
(QS. Al A’raaf:55)

Ingatlah,syaitan itu bijak dan beristiqamah dalam menyesatkan manusia.Pemuda pemudi sekarang sibuk menyebarkan bahagia dengan mencari suami yang soleh dan isteri yang solehah sehingga mengabaikan perkara-perkara mustahak seperti masalah umat.Ini tidak salah,yang bermasalah adalah keterlebihan fokus dalam satu bab itu sahaja.Ana risau perkara ini menjadi satu trend yang akan membuat rijal-rijal kita lalai dan asyik berangan-angan tentang keseronokan dunia sahaja.Allah berfirman:

“dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.”
(QS. An Nuur:26)

Yakinilah ayat-ayat di dalam Al-Quran,bukankah ini ayat-ayat yang menyebarkan bahagia?Tidak perlu kita rungsing tentang masalah ini jika kita telah cuba sedaya upaya menerap ciri-ciri individu muslim ke dalam diri sendiri. Walaupun kita berjaya mencari pasangan hidup kita yang ideal tetapi umat kita masih lagi dalam kesengsaraan,masih lagi dihina,masih lagi dibunuh,adakah kita merasa yang kebahagian itu telah disebarkan?Atau kita hanya memikirkan kebahagiaan diri kita sendiri sahaja?

Al-Quran kompas kehidupan

Ana pernah terdengar sebuah cerita tentang mengapa musuh-musuh islam tidak dapat mengalahkan islam pada satu zaman ini.Ceritanya berbunyi begini,ada seorang raja dari eropah telah menghantar agent CIA-nya ke sempadan negara islam untuk meninjau keadaan semasa,apabila agent ini pulang,ia melaporkan kepada rajanya bahawa ini bukanlah masanya untuk menyerang kerajaan islam,sebabnya adalah agent ini terdengar seorang pemuda menangis lalu bertanya:”wahai pemuda,mengapa kamu menangis teresak-esak?”,pemuda itu menangis sambil menjawab:”Saya menangis kerana tidak dapat menyertai pasukan tentera untuk berjihad disebabkan saya tidak hafiz Al-quran lagi.”  Setelah beberapa masa berlalu,agent CIA itu diutus lagi oleh rajanya ke sempadan negara islam.Kali ini agent CIA itu melaporkan bahawa inilah masa yang sesuai untuk kita hancurkan islam,ini kerana ketika investigation berlaku,agent itu lagi sekali terserempak dengan seorang pemuda yang sedang menangis teresak-esak lalu bertanya:”wahai pemuda,mengapa kamu menangis?”,pemuda itu jawab dalam tangisan:”Saya menangis kerana ibu saya tidak mahu membeli hamba perempuan yang saya cintai itu.”

Kesimpulannya,saya petik sebuah hadis Rasulullah SAW yang berbunyi:

"Kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan."
(Bukhari & Muslim)

Hentikan angan-angan mat jenin,itu bukan budaya kita sebenarnya.Mulai sekarang,kita perlu contohi generasi pertama umat ini,kembalilah kita kepada Al-Quran dan Sunnah,sebarkan bahagia ke seluruh alam dengannya.Agama itu bukan hanya duduk berzikir di dalam masjid sahaja,tetapi ia perlukan pengorbanan kita.Lihatlah Rasulullah,lihatlah sahabat-sahabat,bagaimana mereka berkorban sehingga kebahagiaan islam itu sampai kepada kita,hargailah jasa mereka dengan menjadikan diri kita seperti mereka.Wallahualam….

"Menulis untuk diri dan orang lain"