Ahad, 9 Disember 2012

PEMUDA DAN BAJU KALIS NAFSU


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

PEMUDA DAN BAJU KALIS NAFSU


Hadis dibawah diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:


“Sesungguhnya Allah Azzawajalla ‘kagum’ dengan pemuda yang tidak terdapat kecenderungan menuruti hawa nafsu pada dirinya.”(Riwayat Ahmad)


Perlu diingatkan bahawa Allah sama sekali tidak menyerupai mana-mana makhluk ciptaan-Nya.Oleh sebab itu,tafsiran “kagum” dalam hadis ini perlu difahami dengan jelas agar kita tidak menyamakan Allah dengan makhluk ciptaan-Nya.

Sebagai analogi,jika kita kagum terhadap sesuatu benda,kemungkinan kita tidak pernah tahu atau jumpa benda tersebut dan kita berasa takjub dengannya.Ia mungkin disebabkan kejadian itu tersangatlah hebat sehingga membuatkan kita teruja melihatnya,lalu menimbulkan perasaan gembira dalam diri kita sendiri.

Berlainan dengan sifat “kagum” dalam hadis ini,mengikut tafsiran ustaz dan ulama,ia tidak layak disandarkan kepada Zat Allah.Maha Suci Allah daripada bersifat serupa dengan peribadi hamba-Nya. Maka tafsiran yang layak bagi hadis ini ialah Allah suka kepada seorang pemuda yang menjaga dirinya daripada mengikut kehendak hawa nafsunya,lalu Dia akan mengurniakan ganjaran dan pahala yang besar kepadanya.


Muda Masa Berharga

Cuba kita ringankan bibir pergi bertanya pada pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang sedang bakar sampah atau menyiram pokok bunga mawar waktu petang-petang di kawasan perumahan kita itu.Tanyalah mereka,waktu apa yang paling best dalam hidup pakcik/makcik ye….??

Mungkin ada yang jawab waktu kahwin dulu,waktu melancong pergi oversea dulu,waktu dapat anak pertama dulu ataupun waktu dengan member-member lama zaman sekolah dulu pergi menghabiskan waktuihh…hehehe…tapi cuba fikir balik jawapan-jawapan mereka itu,semuanya ada “dulu” dibelakang,dan apakah ertinya “dulu”?Cuba fikir dan renung-renungkan…

Sekarang anda dah dapat jawapan bagi erti “dulu”,anda masih tidak dapat rasakan bertapa berharganya masa “dulu”(muda) ini??

Waktu muda adalah waktu yang paling sesuai untuk membentuk peribadi seseorang.Pepatah melayu ada menyebut “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Jika buluh itu telah besar dan menjadi “keras kepala”,amat susah atau tidak ada gunanya untuk kita melenturnya pada waktu itu. Kata-kata hikmah ini amatlah benar sekali.

Begitu juga dengan kita sebagai insan.Usia muda merupakan waktu yang terbaik sekali untuk menimba ilmu dan mempelajari sesuatu,kerana di waktu inilah kita masih berdarah panas, bersemangat dan bertenaga.Cuba kita lihat diluar sana,ramai pemuda-pemudi yang suka mencuba sesuatu yang baru dan kadang-kadang mereka melakukan sesuatu yang diluar batasan akal fikiran manusia.Ketika ini,jiwa pemuda mudah memberontak dan tidak begitu memikirkan akibat daripada tindakan yang mereka lakukan.Hanya dengan pegangan agama yang kuat sahaja dapat pemuda membentuk peribadinya kearah akhlak mulia acuan Rasulullah s.a.w.

Baginda ada menyebut dalam satu hadis bahawa salah satu golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari akhirat kelak ialah pemuda yang membesar dalam keadaan taat kepada Rabb-nya.Sejak usia muda lagi dia telah diasuh supaya mentaati Allah dalam kehidupan sehariannya, sehinggalah kelaziman ini tetap diteruskan apabila dia meningkat dewasa.

But why?Kenapa Baginda hanya mengkhususkan golongan pemuda?Bukankah ramai lagi orang dewasa dan orang yang dah lanjut usia dilihat berada di masjid dan surau berbanding golongan muda?Mengapa tidak mereka sahaja?This is because masa muda adalah suatu tempoh masa yang menunjukkan penguasaan nafsu dalam diri.

Oleh sebab itu,sesiapa sahaja yang dapat mengalahkan nafsu dan cenderung kearah kebaikan,dialah insan yang memiliki kekentalan takwa tahap super saiya dalam diri.Masa muda adalah masa yang amat mencabar bagi seseorang untuk menghadapi konflik antara iman dan nafsu.Sebab itulah Baginda mengkhususkan golongan pemuda agar kita sedar dan bersemangat untuk membentuk peribadi individu muslim yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.Mengapa?Kerana kita pemuda merupakan golongan yang akan mencorak masa depan sesebuah masyarakat.


Janganlah Sia Siakannya

Rasulullah amat mengambil berat tentang kita golongan pemuda ini.Dalam beberapa situasi, Baginda memilih mereka sebagai pemimpin dalam peperangan.Ia pernah berlaku kepada Usamah bin Zaid yang menjadi panglima perang pada usia 18 tahun,sedangkan pada masa itu masih ramai lagi sahabat yang lebih senior daripadanya ada bersama.Nampak tidak?Begitulah besarnya peranan kita golongan pemuda sejak zaman Baginda lagi.

Rasulullah juga pernah berpesan kepada seorang lelaki supaya merebut lima perkara sebelum datangnya lima perkara.Salah satunya ialah usia muda sebelum datangnya usia tua.Jika diteliti betul-betul,sangatlah banyak perkara yang boleh kita lakukan ketika masih muda dan bertenaga ini,berbanding apabila tubuh badan kita beransur-ansur menjadi lemah dimamah usia.

JOM!Rebutlah masa mudamu wahai pemuda,tuntutlah ilmu selagi akal ini masih sihat dan kuat!Kuasailah nafsumu daripada godaan syaitan jelmaan manusia ataupun jin!Gunakanlah kelebihanmu di atas jalan yang memberi manfaat bagimu di dunia dan di akhirat kelak!Jadilah seperti mereka-mereka yang telah berjaya meraih keredhaan Allah SWT.


“Adapun orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada al-hawa,maka sesungguhnya syurgalah tempat duduknya.”(An-Naziat 79:40-41)


Menulis untuk diri dan orang lain