Rabu, 31 Oktober 2012

...Pahala Dalam Berkawan...


Bersendirian kita menempuh kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cubaan di dunia ini, mampukah kamu??mampukah daku??tepuk dada,sendiri jawab.


Sepandai mana pun kita,sehebat mana pun kita,realitinya kita memang tidak mampu untuk berdiri sendiri tanpa sokongan, doa,galakan,motivasi dan inspirasi daripada insan-insan yang berada dalam kehidupan kita ini.


Saudara,sahabat,rakan,teman ataupun kawan adalah "anugerah" atau "nikmat" yang diberi Allah SWT kepada kita.Kita perlu bijak "merebut" atau "menawan" pemberian ini.


Bijak dalam berkawan,ganjaran bahagia menanti kita kelak. Inilah "nikmat" atau "hadiah" yang sering dipandang sebelah mata oleh umat akhir zaman ini,lebih buruk lagi,kita berkawan oleh kerana mempunyai motif atau tujuan untuk kepentingan diri semata-mata.


Persoalannya..bagaimanakah cara untuk kita mengecapi bahagia hanya dengan berkawan?


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibn Majah,Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa salah satu golongan yang memperoleh naungan Allah pada hari pembalasan kelak ialah dua orang yang berkasih sayang,bertemu dan berpisah kerana Allah SWT.


Subhanallah...Maha Suci Allah...


Semudah berkawan sahaja kita boleh meraih rahmat daripada Yang Maha Pengasih.Rugilah kepada mereka yang berkawan hanya kerana kepentingan dunia dan nafsu semata-mata. Maka,jalinkanlah silaturahim,binalah ukhuwah kerana Allah SWT.





Indahnya Ukhuwah



Berkawan dan bersahabatlah dengan semua orang.Jangan kita limitkan ukhuwah kita hanya kepada kelompok tertentu. Banyakkan kenalan,hidupkan kehidupan serta kayakan pengalaman.Memang benar,ada kekuatan dalam hidup berjemaah apabila kebaikan disebarkan dan kemungkaran ditegah...wallahualam...

"Menulis untuk diri dan orang lain"